BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »



*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.


Gambaran Hari Kiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.





:: Dunia Dicipta Dengan Penuh Gembira ::




Wassup everybody.
Ehh, silap. Assalammualaikum semua.
Tajuk kita pada hari ini ialah
Dunia Dicipta Dengan Penuh Gembira
Adakah anda rasa anda dah cukup gembira?
Atau anda sering mengalami kemurungan?

Haha ! Ada nada seperti nak bagi ceramah motivasi tak?
If your answer is yes, you are totally wrong.
HAHAHAHA. *gelak jahat*
Sebenarnya, aku nak share keboringan tahap gaban aku pada hari ini.
Just imagine dari petang semalam lepas habis sekolah aku dok 
terperap dalam bilik sampai la ni tak keluar-keluar. Betol, tak tipu. 
Keluar bilik pon pergi toilet je.

Sambung story balik. Dari pagi tadi aku online, mandi, makan, tidur, study. Study?? ZzzzZzz.
Entah kenapa, tahun ni aku rasa malas gila nak study.
Gila pun tak malas macam aku. Haihhh. Ni mama aku baca ni mampuih den.
Tapi disebabkan Jumaat ni ada test kat tempat tuisyen, aku gagahkan juga diri ini untuk menelaah buku

Baru dua tiga helai muka surat aku baca mata semakin layu dan kuyu. 
Kepala pulak asyik tertoleh-toleh menghadap katil dan bantal. 
'Mereka' seolah-olah memanggil namaku.
Haha. Wa dah lama tak buat ayat metafora macam ni. 
Akhirnya aku tewas kepada panggilan 'mereka'.

Okay, choppp ! Korang mesti tertanya-tanya kan apa kene mengena title dengan entry aku yang merepek ni?
Hah, ni dia baru nak cerita. Sebenarnya, lepas aku bangun dari mimpi yang lena tadi aku pun duk balik kat meja study. Dengan tak basuh muka segala, aku capai balik buku teks tadi.
Tapi memang takde mood nak study. So tak boleh nak paksa ar. 
Kalau paksa pun bukannya masuk. So, aku decide untuk baca komik yang dipinjam dari kawan kuu~

Komik yang bertajuk : Dunia dicipta dengan penuh gembira.


Yaaa, inilah dia. Komik yang berjaya aku khatam tak sampai sejam.
Dia ada 2 series. And aku dah habis baca kedua-duanya.
Siapa pernah baca? Best tak?
Siapa cakap tak best? Ang memang tak normal lar.
Wehh, kalau tak best takkan aku boleh khusyuk baca sampai khatam dua komik ni.
So,aku cuma nak bagitahu yang cerita dia memang best.
Kalau aku pengarah filem, aku buat filem cerita ni.
Walaupun tajuk dia gembira, tapi ada gak part yang sedih sampai menitiskan air mata.
Ecehhhh. *wa memang suka feeling then tacing sorang-sorang*
Siapa yang belum baca? Tunggu apa lagi. Pi beli sekarang.


p/s : Okay dah.Tu je nak cerita. Sorry kalau entry ini membosankan.Aku nak sambung tidur.Ehh, sambung study.Tolong doakan supaya kerajinan aku datang kembali.Haha ! Jumpa lagi.Bye~

:: this is how a love letter should be ::




I thought you were a friend of mine but I was wrong
You are everything to me and you know we’re meant to be
You’re my baby don’t mess with my love
I’m so glad…
I will never find another lover sweeter than you
I will never find another lover more precious than you
All my life I pray for someone like you
I thank God that I finally found you
I hope that you feel the same way too
Yes, I pray that you do, love me too
You’re all that I’ve ever known, your smile on your face, all I see is a glow
You turned my life around, You picked me up when I was down
And I’m missin’ you, and nobody knows it but me
I’m tremblin’ inside, and nobody knows it but me
Yeah, my heart is callin’ you and nobody knows it but me
A million words couldn’t say just how I feel
A million years from now you know I’ll be lovin’ you still
Almost like the puzzel piece i’ve been trying to find
Falls right into place you’re all that it takes
no one, no guy that i met before
Could make me feel so right and secure
There’s nothing I can say to you
Nothing I could ever do
To make you see
What you mean to me
And if I let you down I’ll turn it all around
Cause I would never let you go
I will be all that you want and get my self together
Cause you keep me from falling apart

Cause I was born to tell you I love you

I wanna believe in everything that you say
‘Cause it sounds so good

You make it hard for breathing
‘Cause when I close my eyes and drift away
I think of you and everything’s okay
You’re the only one I’m dreaming of
You see, I can be myself now finally
In fact there’s nothing I can’t be
I want the world to see you’ll be with me

I don’t wanna miss
A single thing you do
If I had
A thousand years to love you
I would need at least
A thousand more
So much love
Inside I wanna give you
You’re all I’m living for
Darling, you, a lifetime ain’t enough to love you
Oohhh, there’s not enough time
To have you here beside me


If I could
I would give you
More than forever
I would love you
Long after the end of time
I would give you
More than forever
More than the rest of my life
If that’s what I could do
I’d be loving you
More than forever
More than the rest of our time
Because it’s your love
I can’t get enough of
Hey, baby, you mean so much to me
There’s not enough ways to show you
The way I feel inside
i love u
 
 
 
 




:: :')) ::



1.Jika anda baru saja putus cinta dengannya, sememangnya anda akan bersedih. Itu perkara biasa atau normal.  Yang jadi tidak normalnya bila anda buat-buat tak sedih kononnya ingin tunjuk anda kuat  dan anda boleh lupakan seseorang itu dengan mudah.  Jikalau anda sedih untuk lupakan seseorang yang dicintai itu, keluarkan ia dengan sepenuh hati. Menangislah sepuas hati anda.Lama-lama kelamaan anda akan berasa lega sedikit  selepas beberapa hari. Apabila anda sudah biasa bersedih,  lama kelamaan anda akan membiarkan dia pergi dan sudah boleh melupakan dia.

2.Terimalah realiti yang anda perlu lupakan dia dengan hati yang terbuka dan nekad. Berhentilah dari segala macam perkara seperti berharap, berangan, bermimpi atau yang seumpamanya. Realitinya, anda mesti lupakan dia walau apa sekalipun. Anda mesti kuat untuk menghadapi realiti ini.

3.Anda mesti elakkan atau jangan terus  berhubung dengan si dia itu. Kalau anda masih terhegeh-hegeh menghubungi dia lagi, sampai bila-bila pun anda tidak akan dapat melupakannya.










Usop Wilca :D





HAHAHA